Saturday, November 12, 2011

Hati yang kau sakiti...


Fateha terus berlari ke dalam biliknya di tingkat atas. Lalu merebahkan tubuhnya di atas katil yg beralaskan toto itu. Hatinya sayu. Sungguh dia tidak menyangka untuk menemui cinta seorang doktor. Tidak kira sama ada doktor manusia ke doktor haiwan ke atau doktor bedah mahupun doktor pakar sakit jiwa. Yang dia tahu, hatinya telah disakiti oleh seorang insan bergelar doktor.

Bodoh. Sungguh bodoh dia merasakan dalam dirinya kini. Hatinya telah dilukai beberapa kali. Namun, kali ini air mata itu tetap terus mengalir laju. Sudahlah Fateha. Usah kau kenang lagi. Mungkin dia sudah tak mahu kat kau lagi. Baik kau senyap aje. Tak perlu nak mengejar dia. Dia sibuk. Sibuk. Dan terus sibuk. Dia takkan ada masa untuk kau lagi selepas ini. Kenapa? Kenapa baru sekarang dia buat macam ni kat aku? Bodohnya aku sebab terima cinta lelaki jenis macam ini. Yang mula-mula sahaja kata sayang.  Dan kemudian membiarkan benih cinta dalam hati Fateha terus mekar dan kini hampir layu oleh kata-kata yang menusuk jiwanya.

Fateha nekad. Mulai saat ini, dia tidak akan mengejar lelaki seperti itu. Yang hanya membiarkan cintanya terkapai-kapai di lautan seorang diri. Tiga tahun lebih benih yang ditanam subur mewangi dan kini, bunga yang tumbuh itu semakin layu. Oleh kesibukan dunia. Lelaki yang hanya mengejar cita-cita dan membiarkan Fateha berlalu bagai angin lalu.

Fateha terus menangis. Menangis dan menangis. Hingga suatu masa tiada lagi satu titis pun air mata yang akan gugur untuk seorang lelaki yang pernah membuatkan hati dia gila. Gila lah aku, bercinta dengar doktor. Saat dia di tahun akhir, dia sudah tidak mahu menyatakan kasih itu lagi. Buang dia jauh-jauh Fateha. Tidak...Aku tak boleh wahai hati. Aku terlalu sayangkan dia.Huhuhuhuuu...Menagis lagi..

Fateha, lupakan dia. Jika dia masih mahukan kau, dia pasti akan hubungi kau suatu masa nanti. Fateha perlu kuat. Terus kejar cita-cita. Dapatkan pekerjaan yang tetap lepas ini. Pastikan hidupmu Berjaya Fateha. Punya wang, kerjaya, rumah atau kereta sendiri. Fateha perlu buktikan, walaupun Fateha bukan seorang doctor, Fateha juga mampu memiliki kejayaan.